Monday, September 22, 2014

Andai kau tahu

Andai kau tahu 
hati aku

Andai kau faham
apa aku mahu

Aku tak minta
disayangi 
dibelai
diberi 

Aku cuma mahu kau
faham apa itu
hargai dan memahami
hati 

seorang wanita

saya benci bila dilukai
hati sakit
hati perit

Semua dah berubah
tak macam dulu
Aku redha mungkin

emm

Tuesday, December 31, 2013

MAA



Aku sungguh merindui dia.
Betapa rindunya, 
Hanya Allah sahaja yang tahu.

Sayang,
Mungkin dulu aku selalu buat dirimu sedih.
Dulu mu begitu mengambil berat tentang diriku.
Menyayangi ku, 
Tidak macam yang lain.

Sayang, 
Aku minta maaf, 
Aku marah kerana aku sayang,
kerana aku ambil berat tentang dirimu.
Kerana aku suka tengok mu marah,
Senyum.

Sayang,
Jangan kau tinggalkan aku.
Walaupun kau berlainan.
Insha Allah akan aku cuba.

Sayang,
Aku sangat merindui mu.
Terlalu merinduimu, 
Pertama kali kau berjumpa aku.
Saat kita bertemu,
Saat kita meluahkan perasaan suka
sesama kita.
Saat itu terlalu indah.

Sayang, 
dulu kau sanggup tunggu aku,
kau sanggup hantarkan makanan bila aku kerja,
Sanggup tunggu aku,
aku balik lambat.
Selalu mahu menjumpa ku.
Ya Allah, betapa rindunya aku pada kau.

Sayang, aku mohon
jangan kau berubah arah pada yang lain.
Aku mahu kau setia sama aku. 
Aku tidak pernah jumpa lelaki sepertimu.
Kau menjagaku, 

Aku tidak minta itu ini.
Tapi kau bagi semua tu.
I love you sayang.

I cant stop loving you Abdullah :'(

9 month 24 day
 

Thursday, December 5, 2013

BANGKIT

Aku bangkit bila aku jatuh.
Bila aku jatuh, entah siapa akan pedulikan aku?
Hanya diri aku yang mampu untuk lakukan.
Bukan orang lain.

Orang di sekeliling aku mengajar aku erti kehidupan.
Bila susah. Bila payah. Bangun sendiri.
Bukan mengharapkan orang lain.

Mungkin dulu aku agak bodoh,
Bodoh dalam pelajaran.
Dalam kawal segalanya.
Mungkin sekarang aku berbeza.

Biar orang kata aku ini bodoh.
Satu hari nanti aku akan tunjukkan bahawasanya.
aku bukan bodoh. 
Cuma aku ini malas.

Kenapa ada sifat MALAS?
Kenapa aku tiada pendirian yang TETAP?
Kenapa kadang aku cepat PUTUS ASA?
Kenapa aku cepat LEMAH?
Kenapa aku cepat MENGAKU KALAH?

Manusia tidak pernah lari dari semua tu.
Cuma pemikiran yang berbeza
sama ada,
engkau pandai kawal ataupun tidak 
semua tu dalam dunia kau.

Kita yang buat dunia kita 
gembira atau sedih

Bukan mudah untuk menjadi Arkitek.
Bukan mudah untuk membuat design.
Banyak sangat lawan,
Kadang aku jatuh
aku rasa diri ni tidak bagus.
kenapa aku rasa macamtu?

Bila markah sedikit.
mula sedih.
Jangan kau sedih.
Kau bodoh sebab kau tidak ada
matlamat kenapa kau ada di KKTM pasir mas.
Kau tiada Matlamat

Matlamat, Tujuan.

Usaha wafa.
Cuba walaupun kau tidak tahu.
ok?

JUMPA SEM 2.

Diploma Of Architecture
 
 

Sunday, April 28, 2013

Test Test

Assalamualaikum wahai blogku, ku amat merinduimu setelah lama ku tidak mengepost sesuatu.
Korang, tahu atau pun tidak The Mall yang berdekatan dengan PWTC tu akhirnya sudah tutup. Tutup untuk apa? untuk  pengubahsuaian mall tu, al-maklum lah sekarang sunway yang ambil alih.   Dari masa aku kecil lagi mall tu ada kot dan akhirnya pertanyaan yang selalu ditanya oleh pelanggan yang datang tamat. Masa akhir watsons nak tutup soalan bertubi2 dari pagi sampai ke malam soalan yang sama saja. hahaha. dah macam kaunter pertanyaan dah. Selamat tinggal The Mall. Sobs sobs 

Sekarang aku baru kerja di tempat baru, kompleks mutiara dekat jalan ipoh. Daripada stor besar kena hantar ke stor kecil. Agak janggal disitu. Permulaan aku disitu agak ok lah, aku boleh kawal diri aku ditempat baru. Baru lagi nak mengesuaikan diri ni di tempat baru. Staff yang ada dekat sana semuanya umur sama dengan aku. Alhamdulillah bila mula kerja disana aku tidak merasa stress sangat. 

Kerja dekat sana aku sudah belajar naik bas. haha selama ini naik lrt ke tempat kerja dan babahku hantar dan ambil. Kali ini lain, aku naik bas pada pco haritu dan semalam. Aku paling tak suka naik bas. Biarlah orang nak kata aku ni kekwat ke apa. Aku tidak pandai dalam selok belok bas ni. Selalu dimanjai oleh keluarga. Salah satunya sebab tu lah aku jarang naik bas ke sekolah.
Kadang rasa seronok juga naik bas. Dulu pernah lah naik bas masa zaman sekolah, itu pun aku ikut je kawan2 aku. Hahaha.

*SELAMAT KEMBALI BEKERJA WAFA* 

Friday, March 22, 2013

I'm Back!

Assalamualaikum, aku kembali wahai sohabat semua. 
Macam semua tahu, keputusan SPM keluar hari semalam bersamaan dgn hari khamis.
Gugup rasanya bila mahu mengambil slip SPM. Aku cuba bertahan dari menangis akhirnya aku berjaya bertahan. Keputusan SPM aku hanya boleh aku ucapkan alhamdulillah.
2 A- 1B 1B+ 4C+ 1D 

Walaupun bagi aku keputusan aku ni tak bikin ummi dan babah ku gembira. Tapi disebalik tindak balas dari babahku, aku gembira. Kerana aku melihat, dia cukup gembira. Lagi-lagi soal kemasukan UPU tu dia sangat bersemangat. Tolong bukak kan laptop n cara dia, mungkin aku sorang je rasa dan aku tak tahu bagaimana lagi nak terangkan, aku sangat terharu. Beria-ria suruh isi, dan dia tahu aku punya kebolehan lebih kepada bidang apa, biasalah warisi kebolehan babahku. apalagi, melukis. Aku nak menyesal pun dah tak ada guna, aku pasrah dan redha dengan ketentuannya.

Akhirnya, aku sudah isi borang UpU, dibantu oleh babahku dan abangku. Tanpa dorang, aku takkan isi borang lagi. hewhew. Dan aku harap sangat dapat sambung belajar dimana2 je. yang penting kau kena ada minat bidang tu k wafa, kihkih nasihat kat diri sendiri lah puleks,

Lega rasanya lepas dapat keputusan, macam beban yang dipegang sudah habis dijual. oklah ada masa lagi, aku akan berkongsi cerita :)

Assalamualaikum, Wafa Deen   

Thursday, March 14, 2013

Bersediakah?

Assalamualaikum. Aku disini baik-baik saja. So far everythings ok. 
Biasalah adat bekerja, itu tak kena. Ini tak kena. Aku dah tidak kisah.
Aku rasa benda tu yang buat kita lebih semangat. 
Agaknyalah. Entah, bercakap soal semangat ni.

Perasaan ke kerja, seolah-olah aku tak seronok. Aku tak rasa gembira 
I don't know why i've that feeling. Aku cuba kawal segalanya, tapi tetap juga.
Ayat yang selalu aku katakan pada diri aku.
"Sabar wafa, sekejap je kau dekat sini"

Kadang kita kerja ni, kita nak juga orang selalu geng dengan kita.
Biarlah, orang tak suka kita. Adat kerja selalu begitu.
Mungkin cemburu dengan apa yang kita ada?
Aku melihat budak-budak sebaya dengan aku, kerja dekat Parkson,
semuanya kelihatan gembira. Indah sungguh kalau aku ada ditempat mereka. 
 j
Cukup wafa, syukurlah. Aku bersyukur. Bukan aku selalu merungut, aku cuma ingin
luahkan apa yang aku rasa tak betul. Mungkin perasaan aku ini dipenuhi dengan sifat negatif. Memang sangat. Fikirkan benda dan perkara yang positif. Soal benda remeh temeh
kau cepat sangat dok fikir. Haha, cakap dengan diri sendiri puleks dah.
 Aduh novel betul kau wafa. Ahaks~
 
TUPTAPTUPTAP aku dah 3 bulan bekerja dan result spm makin menghampiri. Bukan makin dah, memang dah dekat dah.  Eh apa perbezaannya? Bermadah aku ni.
Lagi tujuh hari keputusan spm keluar. Bersediakah aku?
Aku takut apa yang aku impikan selamani tak dapat. Perasaan aku ni, 
aku rasa tak yakin. tak yakin. come on wafa.. sampai bila kau kena ada perasaan tak yakin
dalam diri kau. cuba lah yakin pada diri sendiri. Salah satunya, aku takut aku akan kecewakan ummi dan babah. 
  
Apa yang berlaku, dan dah nak berlaku. 
Aku cuba redha dengan keputusan dariNya.

*Goodluck kepada semua pelajar 1995, Moga korang dapat keputusan yang cemerlang dan begitu juga aku, Mari kita sama-sama berjaya*

ASSALAMUALAIKUM.
Wafa Deen


Thursday, January 17, 2013

Life Always Like That!

I don't care what people say to me. Even that word can hurt me but I'm trying to be strong even is hard. 

Life alway's like that, what can you do is just be like nothing happen. Haters always be haters. 

Since i started to works. From now, i know people are different. Baru tahu, macam-macam perangai yang dijumpa. Kalau kau kuat hadapinya, maka kau berjaya. 

I wished that i can learn more about english. I wanna improve my english. You guys know, i had started to reads book like reader digest, That book have a simple english. I hope i can.

Belum terlambat lagi. Katakan boleh.