Friday, March 22, 2013

I'm Back!

Assalamualaikum, aku kembali wahai sohabat semua. 
Macam semua tahu, keputusan SPM keluar hari semalam bersamaan dgn hari khamis.
Gugup rasanya bila mahu mengambil slip SPM. Aku cuba bertahan dari menangis akhirnya aku berjaya bertahan. Keputusan SPM aku hanya boleh aku ucapkan alhamdulillah.
2 A- 1B 1B+ 4C+ 1D 

Walaupun bagi aku keputusan aku ni tak bikin ummi dan babah ku gembira. Tapi disebalik tindak balas dari babahku, aku gembira. Kerana aku melihat, dia cukup gembira. Lagi-lagi soal kemasukan UPU tu dia sangat bersemangat. Tolong bukak kan laptop n cara dia, mungkin aku sorang je rasa dan aku tak tahu bagaimana lagi nak terangkan, aku sangat terharu. Beria-ria suruh isi, dan dia tahu aku punya kebolehan lebih kepada bidang apa, biasalah warisi kebolehan babahku. apalagi, melukis. Aku nak menyesal pun dah tak ada guna, aku pasrah dan redha dengan ketentuannya.

Akhirnya, aku sudah isi borang UpU, dibantu oleh babahku dan abangku. Tanpa dorang, aku takkan isi borang lagi. hewhew. Dan aku harap sangat dapat sambung belajar dimana2 je. yang penting kau kena ada minat bidang tu k wafa, kihkih nasihat kat diri sendiri lah puleks,

Lega rasanya lepas dapat keputusan, macam beban yang dipegang sudah habis dijual. oklah ada masa lagi, aku akan berkongsi cerita :)

Assalamualaikum, Wafa Deen   

No comments:

Post a Comment