Assalamualaikum, ku kembali lagi. Ku kembali dengan membawa berita yang baik. Kehidupan aku tidak seperti dulu. Aku hanya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja. Aku tidak kisah dan peduli apa yang terjadi di sekitarku. Tapi itu sungguh berbahaya kan. Mana taknya, kerja mana lah sempat nak tengok tv dan sewaktu dengannya. Ada masa pun, aku cuma lepak dengan kakak ku. itu sahaja, balik pun tidur, makan, tengok tv apa yang boleh tengok.
Sejak aku kerja ni, aku tidak pernah kacau orang. Serious. aku buat kerja aku saja. Tapi yang peliknya, ada jugak orang yang nak cari pasal dengan aku. Yang boleh aku buat, cuma bersabar, biarlah. Baik diam daripada membalas. Dari situ kita akan tahu siapa yang tidak matang dan seangkatan dengannya. Sejak dah habis sekolah ni, aku memang buat hal aku. Entah apa yang tak puas hati dengan aku pun aku taktahu. Aku tak pernah langsung usik dia sejak dah habis sekolah ni. Lagipun, benda dan perkara tu aku dah tak peduli langsung. Tak apalah. Dugaan hidup. Dia, dia dan dia. Aku dah tidak kenal. Agak skema jugak ayat-ayat aku malam ni. Berhias sungguh kata-kataku malam ni. Ahaks~
Permulaan kerja, mula penat. Lama-lama aku sudah biasa. TUP TAP TUP TAP. Aku dah sebulan dah bekerja. Ramai betul budak convent dekat The Mall. Macam nak pergi sekolah je. Hahaha. Apa aku kisah. I mean, aku dah biasa.
Aku tak sabar ni nak tunggu gaji. Ya Allah, aku nak sangat S3. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Orang kata biar mimpi dan angan. Mana tahu kesampaian kan? hehe.
Eh sampai disini sajalah. Goodnight. Ada masa kita ke temu lagi.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment