Tuesday, December 11, 2012

Kehidupan sebenar baru bermula.

Hi, Assalamualaikum. Aku dah habis sekolah! Aku macam tak percaya je yang aku ni dah habis sekolah. Masa berlalu dengan pantas. Aku rasa dah dua minggu kot aku digelar lepasan spm. Hari terakhir sekolah, aku tak rasa happy pun. aku rasa macam tak seghonok lah. Biaq pi. Bila difikirkan lagi bertambah sakit.

Sehingga sekarang aku berjaya untuk melupakan mereka semua. Aku tahu dengan keputusan sebegini boleh buat aku rasa sedih, sakit. Tapi aku nak buat macam mana. aku hanya manusia biasa. Aku cuma nak aku ni rasa gembira dan bahagia. Even orang yang aku sayang, perlahan-lahan tinggalkan aku. Lepas sorang-Sorang macam ni dengan aku.

Biaq pi lah mereka nak kata aku ni macam-macam. Aku tahu diri aku. Aku hanya boleh tersenyum mendengar segala perkataan yang boleh buat aku down. Mungkin dulu boleh lah aku putus asa. Setiap masa rasa down. Tapi Wafa yang kini tidak lagi macam itu. Aku nak hidup aku dipenuhi dengan insan yang jujur, setia bersama Aku. Walau susah mana, sentiasa bersama. 

Jujur aku katakan, aku terlalu sakit hati. Aku cuma boleh menyamar menjadi ok. Hari persekolahan, aku lalui dengan susahnya, tapi aku masih cuba kuatkan diri aku. Aku cuma berharap suatu hari nanti aku akan mendapat kawan yang boleh bersama aku, tak kira bila aku jatuh. Bila aku naik. Cukuplah, sepanjang aku 17 tahun ni, aku sentiasa bertukar kawan baik. Mungkin aku terlalu sayang dan anggap mereka begitu, sedangkan fikiran mereka tak seperti aku. Kelakar bukan menjadi seperti aku.

Kehidupan sebenar baru bermula, lepas habis sekolah ni aku rasa kosong. kosong. kosong.. eh ternyanyi pulak lagu najwa latif. Hahak. Aku rasa kosong sebab tiada buku disekeliling aku. Bila masih bersekolah, rasa bosan dengan buku. Tapi bila dah habis sekolah ni. Aku mengaku, kosong tanpa buku. Nak menyesal pun tak ada guna. Aku mengharap yang terbaik untuk Result SPM. Impian aku ingin membuat Ummi dan Babah gembira. Itu sahaja point aku.

Soal bidang yang aku ingin memohon. Aku belum terfikir dan aku masih belum memohon. Ini pasal kerja pulak. Aku sangat seronok. Kerna? Aku berjaya berdikarikan diri aku ini pergi mencari kerja. Seorang diri lagi itu. Memberanikan diri meminta kerja kosong. Aku cuma minta kerja di The Mall. Dekat dan mudah. Isnin minggu depan aku dah mula kerja! Doakan aku supaya aku bertahan untuk berkerja. Pengalaman yang tidak boleh aku lupakan, semasa kena interview dengan abang tu. Ah sungguh seronok apabila teringat balik peristiwa itu, Isi borang pun tunggang terbalik. Hahahak. Kali pertama mencari kerja, kali pertama kena interview dan kali pertama aku berkerja. 

Lepas ini, aku tak ingin mengharapkan orang untuk berbaik dengan aku. Sabtu lepas adalah hari jadi aku. Aku sangat bersyukur kerana jiran yang aku kenali dari kecil membuat kejutan yang tak disangka. Mereka ikat dan tutup menggunakan kain di Mata ku. Dari tingkat dua sampai bawah. Lepastu kena baling dengan belon air pulak. Makan sate. Terharu. Terima kasih juga kepada keluarga ku. Wafa sayang korang. Oklah, aku rasa cukup sampai disini. Jumpa lagi dihari lain. Bila tu taktahulah. Sekadar perkongsian. 

*Wafa Deen*

No comments:

Post a Comment