Friday, October 12, 2012

Kehidupan Tak Selalu Indah

Apa yang aku cuba sampaikan mesti korang mengalami apa yang aku alami sekarang? Allah je tahu macam mana hati aku ni untuk menghadapi dugaan yang bagi aku sangat besar tapi aku taktahu lah kalau korang rasa hal sekecik semut je. Aku seorang yang mementingkan kawan, apa yang aku sanggup nak buat cuma untuk kawan aku je. Kenapa? Kalau aku dah sayang sangat dekat kawan aku, aku sanggup buat apa sahaja. Tapi macam kita tahu, susah nak cari sahabat yang sentiasa dengan kita. Selalu bersama tak kira susah ke senang. Huhahuha bersama, menangis bersama. Tapi itu semua permintaan kita. Tak selalu apa yang kita inginkan akan dapat. Aku harap aku dapat bertahan sehingga persekolahan tamat. Walaupun berat bagi aku, aku cuba kuatkan diri aku. Jangan bila kita ada kawan cuma untuk gembira, bila susah tinggalkan. Jangan kita ungkitkan keburukan dari kebaikan. Padahal kebaikan yang banyak kita lakukan dari keburukan. Tapi keburukan yang selalu dicari. Hidup tak perlu nak mengungkit hal orang, bila kita mengungkit hal orang sekaligus kita bercakap tentang diri kita. Betulkan apa aku cakap? Korang faham apa aku cuba sampaikan? Senang cerita, susah nak cari sahabat yang betul-betul. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Percayalah. Jangan terlalu memberi kepercayaan yang terlampau kepada seseorang kerna kalau tersilap sedikit. Musnah kepercayaan tersebut. Jangan hidup dalam mengata orang. Hidup tidak akan aman. Kau kenal dulu orang tu macam mana, baru kau persoalkan diri dia. Dont judge book by its cover. Selepas ini aku tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi di sekeliling aku. Cukup. Kerna aku penat untuk menjaga hati orang yang tak pernah sedar apa yang dia lakukan. Assalamualaikum. Entry ini sekadar perkongsian. 

No comments:

Post a Comment